Monday 4 July 2016

Ku Seman menulis mengenai Dr Mahathir

I think the personal attacks and insults heaped on Dr M by the macais of the powers that be will not stop until the grand old man angkat tangan and will say no more. 


Renung2kanlah .......

Saya fikir cukuplah sesetengah daripada kita mengeji, mengutuk dan memperlekehkan Dr. Mahathir. Sebahagian besar daripada kita tentunya sedikit sebanyak menikmati hasil daripada buah fikiran dan ideanya terhadap negara ini. Memanglah Perdana Menteri dibayar gaji dan segala macam termasuk jet mewah, tetapi tidak semua orang yang diberi jet mewah boleh membuat seperti Dr. Mahathir.

Dr. Mahathir bukan siapa-siapa. Dia seorang tua dan tidak ada apa-apa kuasa pun. Jadi tidak perlulah kita memusuhi dan melabelkan yang buruk-buruk. Lagi pun bukanlah kita selalu menganggap Dr. Mahathir sudah tidak ada pengaruh. Kita yang besar pengaruh dan panglima kiri kanan buknlah lawan Dr. Mahathir.

Saya secara peribadi ada yang tidak setuju dengan Dr. Mahathir. Tetapi biar sahajalah. Dia bukan boleh buat apa-apa, jadi ketua bahagian UMNO pun tidak. Ahli pun tidak. Tetapi saya tidak tergamak menghina Dr. Mahathir. Pertama kerana dia bekas pemimpin kita, kedua dia seorang tua yang bukan siapa-siapa.

Apabila ada kecenderungan pemimpin pelapis yang menyerang dan mendesak kemudahan itu dan ini ditarik balik, yang lekeh dan hilang pekerti bukan Dr. Mahathir tetapi kita. Kita dengan kuasa yang ada boleh saja menghalau Dr. Mahathir dari Petronas, Proton, Yayasan Kepimpinan Perdana dan suruh polis soal siasat. Tetapi yang kelihatan buruknya adalah kita.

Kalau selepas ini ditakdirkan Dr. Mahathir menutup usia dan tidak disemadikan di Makam Pahlawan di Masjid Negara, Dr. Mahathir tetap dikenang. Tetapi kita diingat sebagai pemimpin pelapis yang tidak megenang budi.

Saya percaya sebahagian besar dalam kalangan kita pernah dididik dan diasuh oleh tok guru, ustaz atau ustazah semasa kecil dulu supaya menghormati orang tua. Adakah asuhan itu kini sudah tidak relevan apabila kita menghina orang yang bertaraf bapa atau datuk kepada kita? Kalau hendak menyerang, seranglah masa Dr. Mahathir berkuasa. Itu akan diingat sebagai pemberani. Kalau sekarang kita diingat sebagai seorang pengecut.

Tidak perlulah memberi "wahyu" kepada media yang kita kawal dan kongkong supaya "membelasah" Dr. Mahathir. Kutip segala pencacai kita yang tunduk hormat sampai tercium tahi ayam untuk menyerang seorang tua 92 tahun. Ini bukan sifat seorang pemberani. Kalaulah kita ini kuat sangat, lawan kita bukanah seorang tua seperti Dr. Mahathir. Kita lekeh kalau anggap Dr. Mahathir sebagai lawan.

Kalau masih banyak yang terpengaruh dengan Dr. Mahathir, tanyalah diri kita kenapa kita yang pegang semua kuasa masih tidak berpengaruh seperti Dr. Mahathir. Di mana salahnya? Adakah masih salah Dr. Mahathir juga?

Ku Seman Ku Hussain
Bekas Editor Kanan Kumpulan Pengarang Lidah Rasmi Umno
UTUSAN MALAYSIA.

It would be wishful thinking to even think that Dr Mahathir will back down...he won't.

1 comment:

Unknown said...

Eleh....TAK HERAN PUN................KIHKIHKIH

Tajuk semua BLOG PROJIB.